
sebelum bertolak-muka segar bugar lagi.hehe

Alhamdulillah, segala puji hanya untukMu YaAllah, yang memudahkan perjalanan kami. Ekspedisi Bukit Lambir berjalan dengan jayanya. Sebenarnya saya ada misi peribadi, iaitu membawa ukhwah.com ke puncak. Walaupun dengan penuh rintangan, hampir-hampir berputus asa akibat kaki mengalami cramp yang teruk, namun saya gagahkan juga untuk tiba di puncak. Bukit Lambir ini tidaklah tinggi mana (456)m), namun treknya sepanjang 6.3 km amat mencabar (pergi balik 12.6km). Namun, untuk sampai ke puncak, kami terpaksa mendaki dinding batu setinggi hampir 200 meter menggunakan tali. Dibawahnya gaung yang sangat merbahaya, Semuanya atas tanggungjawab sendiri.huhu..Terfikir juga, jika berlaku apa-apa, alangkah menyesalnya diri. Idea ekspedisi ini datang daripada seorang sahabat baru dikenali di IPGM Sarawak ini. Namanya Faisal Bin Edris (berbaju meroon), orang Johor. Dia pun ada misi peribadi untuk mencapai puncak tertinggi di Taman Negara Bukit Lambir ini. Untuk mengetahui lanjut tentang taman negara ini, bolehla melayari ttp://www.sarawakforestry.com/index.htm
|Semoga ukhwah.com akan bersinar disini.hehehe..insyaAllah..Salam ukhwah dari Azemi Musa.

Daeng Jati said
As salamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah…
Menarik, nak daki gunung….
faisal said
sebuah pengalaman yang sukar dilupekan..
banyak kenangan manis & pahit yang terukir
ketahanan fizikal teruji..
minda kita juga diuji
teman banyak membantu
biarpun hampit tertewas
namun kaki dapat juga
mencecah puncak
syukur..alhamdulillah
Wani AR said
Wah…dah lama tak buat kerja-kerja mendaki bukit ni…mesti puas rasanya menghirup udara segar di puncak Bukit Lambir…
shye said
tahniah kerana berjaya membawa uc ke puncak
. hehe..
teringat waktu mendaki Bukit Larut..
nurulsoleha said
Assalamualaikum..
ni jumpa sahabat ukhwah di sana ke?
bestnye panjat bukit..
simple-shida said
salam..
wah.. mabruk !! ehehe..
promote Uc…
caiyok8x cikgu..
lps ni leh pnjt gunung kinabatangn….
eh.. tu sungai daaa.. daki kinabalu..ehehehe..
salam perjuangan..barakallahu..
tunbegia said
haku baru nak pergi lambir minggu nih,
salamm,