Kursus dilalui semakin menghampiri penghujung semester. Namun masih banyak perkara yang belum diselesaikan. Ya, kerja-kerja dan tanggungjawab kita melebihi masa yang ada. Minggu ini sahaja, banyak ujian dan tugasan yang perlu dihantar. Pena-pena hijauku semakin hilang sengatnya. Mungkin diselaputi oleh karat dan dosa2 yang diringankan oleh diri ini. Ya Tuhan, betapa lemah hambaMu ini..Benarlah, dosa-dosa itu menggelapkan hati, melemahkan tubuh badan, menghilangkan semangat hidup..Buat zaujahku, semoga tabah mengharungi beban-beban kerja baru di sana. Doaku agar dirimu berjaya melalui saat-saat kesukaran berhadapan tugas dan kehidupan seorang diri tanpa diri ini disisi..Doakan saya disini agar tidak malas-malas lagi.

malas..karat dosa..
