Minyak Turun US55/Barrel; Ikan Kembong Naik RM7/Kg

Minyak oh minyak, kenapa kau baru turun..Mcm mana aku tak turun, opportunis dah kenyang..erkk!!

Harga minyak turun tak menjamin harga barang akan turun. Inilah realiti yang terpaksa ditelan rakyat Malaysia dan mungkin penduduk dunia keseluruhannya. Logiknya harga minyak turun, harga barang turun. Tetapi manusia yang tamak tidak akan mengikut hukum logik alam, iaitu hukum fitrah kehidupan. Peniaga yang tamak (bukan semua) akan terus mengekalkan harga lama dengan alasan stok lama.

Ini bermakna ikan kembong pun stok bulan lepas punya.hehehe..Saya baru balik dari kursus di Sabak Bernam. Rupa-rupanya lebih kurang aje harga ikan kembong disana dengan di Lembah Klang ini. Saya ingatkan lebih murah, bolehlah memberi buah tangan kepada bonda untuk dimasak. Buah tangan dari Sabak Bernam sebagai tanda ingatan.

Harga minyak dunia yang naik mendadak sedikit masa dulu, bukanlah disebabkan kekurangan bekalan, tetapi berpunca daripada pelobi minyak dan oppurtunis berjiwa kapitalis yang ingin mengaut untung semaksimumnya. Dan selepas mereka kenyang, mereka pun akan bercuti dan berehatkan jasmani tanpa memikirkan kesannya selepas itu kepada masyarakat dunia. Inilah makhluk2 yang tamakkan dunia, yang mementingkan dunia lebih daripada kehidupan kekal di akhirat.

Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (QS. Al-A’laa, 87: 16-17)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: