Idola Kecil TV9..Idolnya dia..

Hari Sabtu lepas (15 November), sedang saya membelek rancangan TV untuk istirehat, tertonton pula saya rancangan yang baru saya sedar wujud di rangkaian TV9 Dekat di Hati iaitu rancangan Idola Kecil.

Disaat kita umat Islam sedang diulit kelalaian, kemunduran dan masalah remaja Islam yang sangat membimbangkan, di hidangkan lagi kita dengan rancangan sebegini. Saya tidak mampu berkata apa-apa ketika menonton rancangan ini. Hanya kesedihan mengenangkan realiti anak-anak muda yang baru mengenal dunia, telah diasuh sebegitu rupa untuk bergelar penghibur. Mak ayah si kecil juga begitu bersemangat ‘mentarbiyah’ si kecil untuk menjadi artis. Aduss, apakah ini suatu malapetaka kepada agama dan bangsaku!!

Banyak telah diulas, sama seperti rancangan AF, dan pelbagai lagi rancangan untuk mencungkil artis-artis segera supaya memeriahkan lagi industri hiburan dan maksiat di Malaysia. Nauzubillah..Apakah kita sedar akan realiti ini? Apakah pihak-pihak yang berwajib menyedari trend negatif ini?

Pada malam itu, ada si kecil menyanyikan lagu Ella, mudah-mudahkan al-Fatihah nya juga tertib bacaan. Langkah tariannya juga tidak sumbang. Mudah-mudahan gerak solatnya juga begitu. Amat malang sekali, televisyen yang sepatutnya menjadi medan tarbiyah dan dakwah temporari, menghidangkan rancangan sebegini untuk tatapan masyarakat.

Ini baru TV9 Dekat di Hati. Bagaimanakah pula dengan rancangan-rancangan di ASTRO, yang berpuluh-puluh siaran itu?Adakah dapat memberi input yang berguna untuk si kecil muslim dan muslimah pewaris agama tauhid di Malaysia yang kita cintai ini? Mujurlah dirumah saya tidak ada ASTRO. Saya membantah keras untuk dipasang ASTRO kerana saya tidak yakin pak ASTRO ini mampu memberi bahan-bahan tontonan yang bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: