Pengharaman Pengkid: Mengapa Bukan Ahli Pula Yang Membantah?

Pada 23 Oktober 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa perlakuan pengkid adalah HARAM disisi ISLAM. Fatwa ini memberikan panduan berguna kepada umat Islam untuk bertindak terhadap isu-isu sosial yang semakin berat dialami oleh masyarakat Islam di Malaysia. Nabi Muhammad SAW melalui hadisnya jelas melarang orang Islam yang menyerupai jantina lain sebagaimana hadis berikut;

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW melaknat lelaki yang lemah lembut (kerana menyerupai perempuan) dan perempuan yang menyerupai lelaki. dan pada satu riwayat: Rasullah SAW melaknat lelaki-lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. [Hadis Riwayat Bukhari]

Penggunaan perkataan ‘laknat’ disini jelas menunjukkan kepada umat Islam, bahawa perlakuan sesuatu jantina menyerupai jantina lain adalah sangat menjelikkan, diluar akhlak dan fitrah manusia.  

Namun, apa yang mengecewakan kita ialah bantahan daripada 2 NGO bukan Islam, “Katagender” dan “Food-not-Bombs” yang berdemonstrasi baru-baru ini dihadapan KLCC, membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Tindakan ini bagi saya merupakan suatu tindakan kurang adab, tidak berfikiran matang dan mementingkan organisasi sendiri. Fatwa ini tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain, malangnya sesetengah mereka yang melatah bagai fatwa itu mengancam survival sosial mereka yang sememangnya sudah rosak. Jika sudah rosak, apa guna mempertahankannya?

Saya berasa sangat pelik dengan fenomena bantahan daripada orang yang bukan ahlinya, apatah lagi jika mereka yang membantah itu tidak ada kena mengena secara langsung atau tidak dalam fatwa ini. Jika masih ada kalangan non-muslim yang mempertikaikannya, bagi saya ini sudah melanggar had-had batasan yang ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia. Seingat saya, tidak pernah ada segelintir orang Islam yang mempertikaian ‘hukum dan syariat’ agama lain di Malaysia ini. 

Jadi, sebagai sebuah negara yang memiliki kepelbagaian agama dan bangsa, hendaklah kita saling menghormati agama lain, disamping menghormati peruntukan undang-undang yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Diharapkan tindakan oleh dua buah NGO bukan Islam ini, merupakan yang terakhir dalam ‘percampuran’ yang tidak relevan oleh mereka yang bukan ahli dalam isu-isu agama Islam.

Sebagai renungan penyejuk hati kita (dan saya), marilah kita renungi kembali firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud;

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. (al-Kafirun 109;1-6).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: