Realiti TV, Realiti Bisnes

kilang artis segera

kilang artis segera

Realiti TV, Realiti Bisnes

 

 

  

            “Jika anda rasa si polan layak menjadi juara, apa tunggu lagi..taip XYZ dan hantar ke 3XXXX.”. Adakah anda merasai sesuatu apabila mendengar dialog ini? Penulis rasa bagai diperbodoh-bodohkan. Penulis mengaku bukanlah orang yang bijak, tetapi penulis tidak boleh membiarkan diri ditipu ‘bulat-bulat’ oleh opportunis  dan kapitalis yang berselindung disebalik realiti TV ini. Kebijakan kapitalis memakai topeng realiti TV amat mengelirukan kita sebagai pengguna Muslim, yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar kepada agama Islam yang suci dalam setiap aspek termasuk kepenggunaan.

 

 

Zaman ini kita dilambakkan umpama pasar borong dengan rancangan realiti TV. Apa yang melucukan penulis ialah rancangan ini memerlukan pengguna ‘mendermakan’ kredit telefon bimbit kepada calon-calon yang bertanding untuk menentukan sang juara antara juara. Alangkah pemurahnya mereka yang mengundi si polan itu. Semoga Tuhan memberi balasan yang baik diatas kemurahan hati mereka.

 

 

Mengapa kebanyakan ahli seni hari ini perlu diundi untuk menjadikan mereka ahli seni yang diiktiraf? Sejarah membuktikan bahawa karyawan dan penghibur agung tidak memerlukan ‘undi’ dari anda untuk menjadikan mereka seperti itu. Mereka membiar sejarah dan pencapaian peribadi yang menentukan. Lihat sahaja Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham Sudirman, Ramli Sarip, M.Nasir dan banyak lagi untuk disebutkan disini. Mereka tidak pernah meminta kita untuk menjulang-julang mereka, tetapi membuktikan bahawa mereka layak untuk dijulang. Malangnya zaman ini, untuk melahirkan ahli seni yang baik, kita pula yang menentukannya. Seni apakah ini? Seniman atau seni ‘wang’?

 

            Jika dalam masa 10 atau 15 tahun akan datang juara-juara undian anda ini masih mampu menyumbang karya seni mereka, ternyata anda mempunyai jiwa seni yang tinggi. Tetapi jika mereka ‘hilang’ atau ‘ghaib’ setelah terbabit dalam industri seni ‘wang’ ini, anda perlu menfailkan kembali tuntutan wang anda dimahkamah daripada pihak-pihak yang berkenaan.

 

            Realiti TV ialah realiti bisnes. Realiti TV bukan sekadar rancangan TV, tetapi menjelaskan kepada kita maksud sebenar bisnes mengikut perspektif ekonomi kapitalisme yang bergantung harap kepada konsumerisme atau kepenggunaan. Ini merupakan suatu bentuk pembaziran yang dilarang dalam Islam. Generasi pascamodenisma hari ini melalui zaman pembaziran yang begitu ketara. Artis itu tiada kena mengena dengan pembangunan dirinya, agama mahupun negara. Artis itu adalah simbol sebuah dunia-dunia khayalan yang muncul akibat ketidakbijakan kita menentukan apa yang lebih perlu dan memerlukan.  Apakah derma undian kita lebih utama kepada bakal artis itu lebih utama daripada derma kepada kaum kerabat sendiri? Bayangkan ada pengundi SMS yang sanggup berhabis beratus ringgit malah beribu ringgit untuk memenangkan bakal artis yang mereka gilakan. Terbukti pengundi SMS itu memang apa yang penulis sebutkan dalam ayat sebelum ayat ini.

 

Persoalan utama disini ialah, siapakah sebenarnya yang menjuarai pertandingan reality TV? Apakah Wami dalam Universiti Fantasia? Atau Ledima dalam Gengster? Atau Nabila dalam rancangan Mentol? Atau pengguna setia selaku penderma utamanya? Yang menang bukan juara-juara anda tersebut. Apatah lagi jika dikatakan anda sebagai pemenang. Anda sama sekali kalah. Juara yang patut diumumkan oleh pengacara majlis ialah jutawan-jutawan telekomunikasi. Ha ha..ternyata inilah kebijakan dunia bisnes.  

 

 

Perlu diingatkan bahawa dalam teori ekonomi moden kapitalisme, selagi ada permintaan, maka itu juga akan ada penawaran. Maka ditawarkan kita dengan rancangan-rancangan realiti TV disebabkan penawaran (kemurahan hati) oleh pihak pengguna. Jangan menyangka realiti TV jujur melahirkan seniman atau seniwati, atau seniman yang memperjuangkan seni. Sebenarnya yang dilahirkan ialah seni ‘wang’ jutawan-jutawan telekomunikasi yang terus mengambil peluang akibat ketidakbijakan pengguna sendiri. Dalam dunia kapitalis, jelas sekali bahawa “realiti TV ialah realiti bisnes.”

 

3 Comments »

  1. alamnasyrah said

    dari dulu sampai la skrg nih, ana mmg tak suka nak tonton rancangan realiti tv. tak kira la rancangan apa, kalau rancangan realiti tv jer….mmg ana tak minat langsung. wasting time… bnyk benda lain lg yg ana bleh buat. hmm…skrg nih rancangan realiti yg tgh panas mcm goreng pisang ialah Gadis Melayu Terakhir kan? hukhukhuk…yg nih pun ana tak berkenan. huhu… pendapat masing2 la kan…

  2. gerektua said

    realiti tv yang tak berapa nk realiti… tp realiti tv = realiti biz itu mmg btul!

  3. syahidatul said

    sekarang ni yang terhangat di pasaran ialah Sehati Berdansa… huhuhu.

    saya sekadar menonton sambil makan malam…. banyak lagi benda lain boleh dibuat dan perlu dibuat. hoho

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: