Artisme; ‘Barah’ Yang Semakin ‘Parah’

Artisme; ‘Barah Yang Semakin Parah’

Terlebih dahulu saya ingin menegaskan bahawa saya bukan anti-seni atau anti-selebriti. Ini kerana banyak tulisan saya berkait rapat dengan seni. Saya tidak anti begitu, tetapi saya anti-artisme, iaitu suatu bentuk fahaman yang meletakkan artis dan hiburan sebagai keperluan, apatah lagi artis dan hiburan itu begitu jauh dari yang haq. Artis telah mengakar dalam masyarakat Melayu Islam zaman pascamodenisme ini sebagai entiti mutlak sebuah industri perhiburan umum.Keadaan ini menjadikan kehidupan sesetengah masyarakat Malaysia sangat bergantungan kepada dunia artis untuk memenuhi keperluan seni insani.

 Cuba anda meneliti rancangan-rancangan di TV seperti drama bersiri remaja dan cinta. Apa yang cuba diajar dan diajak oleh drama bersiri remaja seperti Cinta Medik, Dunia Baru dan lain-lain melainkan kepincangan budaya hidup remaja (rata-ratanya mengaku Islam) yang tidak mendasar kepada agama sebagai teras hidup. Mereka seakan menjadikan hidup sambil lewa yang membelakangkan akhlak dan syariat Islami. Cinta ini yang membelakangi nilai budaya dan agama, bersentuhan bukan muhrim, berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna sebagai seorang Islam, budaya sukahati, suka-suka dan seronok sana dan sini. Disini timbul kemusykilan,apakah ini yang hendak diajar kepada penonton yang rata-rata terdiri daripada remaja pewaris negara masa hadapan? Bolehkah penerbit dan penyiar menerangkan kepada kami apakah sebenarnya agenda anda?
 Dalam perhubungan cinta dua insan / selebriti dalam TV juga, saya keliru bagaimana cinta sebegini boleh diberikan contoh kepada generasi Muslim. Sepatutnya cinta yang anda ingin sampaikan kepada seluruh penonton ialah cinta manusia berteraskan cinta Ilahi, kerana Dialah yang mencipta perasaan cinta. Bukan cinta yang ‘sesat’, atau cinta ‘teh o kosong’. Maaf, bahasa saya sedikit kasar kerana saya dan mungkin anda sendiri telah mual dengan ‘kekosongan’ tanpa makna ini. Kita perhatikan bahawa barah seni tanah air semakin parah, wujudnya artis yang bergambar separuh kain, artis yang bercerai berai, ditangkap khalwat dan sebagainya, merupakan sebahagian daripada dunia artis Malaysia. Malah, penceraian sudah sinonim dengan budaya artis sehinggakan ada yang berkata sinis dalam majlis perkahwinan seorang artis..”ala, tak lama..3 bulan je tu”..Sehingga ke tahap itu sekali persepsi kita. Hiburan apakahkah yang dibentuk dan disajikan kepada umat Islam Malaysia ini?

 Inilah hiburan tanpa makna. Nol pada perkiraan saya. Nol maknanya kosong. Kosong bermakna tiada apa-apa. Tiada apa-apa maksudnya tiada apa-apa yang hendak disampaikan melainkan apa yang disebut diatas. Inilah sisi gelap seni drama, hiburan dan seni tanah air yang tidak meletakkan Islam sebagai asas kesenian. Apakah ini membantu dalam membentuk minda kelas pertama dalam misi nasional yang betapa gah dicanangkan? Setiap bangsa punyai warisan budaya, nilai dan yang paling utama ialah kepercayaan yang mendasari setiap cabang hidup. Umum mengakui dengan jelas bahawa, Melayu dan Islam begitu serasi. Islam dan Melayu sangat sebati. Lalu dimanakah Islam diletakkan dalam konteks Melayu hari ini? Islam telah ‘dimasjidkan’, ‘dikahwinkan’,’dimatikan’ dan ‘disempitkan oleh golongan yang kurang faham tentang keuniversalan agama ini. Mungkin bagi mereka, peranan Islam hanyalah sekadar di masjid, masjid perkahwinan dan kematian?

 Islam perlu dibawa ke tengah-tengah gelanggang kehidupan. Islam perlu diterjemah ke dalam aspek kesenian. Agar cahaya Islam dapat menerangkan hati-hati manusia yang dilalaikan oleh keindahan dunia. Namun, malang sekali dalam konteks seni di Malaysia, para penggiat, artis dan pengarah-pengarah dramanya begitu jauh daripada maksud menyampaikan manhaj Islam untuk berdakwah, sedangkan mereka berbangga dengan agama Islam yang dianuti. Cuba kita lihat, bagaimana kes penceraian artis-artis yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini, bukankah itu suatu hal yang memalukan? Jadi bagaimanakah artis dapat menjadi ‘contoh’ yang baik kepada masyarakat?Haha..Artis menjadi ikon kempen, artis menjadi ikon remaja, artis menjadi ‘entiti’ mengaut untung yang besar. Ini yang dikatakan penyakit ‘artisme’. Fahaman yang meletakkan artis sebagai agenda penting dalam sesebuah masyarakat.

 Sudah kerapkali perkara seperti ini dibincangkan dan diluahkan. Namun malangnya suara-suara ini seperti juga suara tanpa makna. Biarlah saya menulis untuk meluahkan rasa hati, walaupun sekadar di blog sendiri. Hiburan adalah anugerah kepada jiwa manusia dengan tujuan mengingati Tuhan. Tetapi hiburan yang bagaimana perlu dipilih? Meminjam lirik lagu “Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah..”. Kita salah memilih, kita salah menghasilkan, dan kita salah menggunakan..jaga-jaga dengan penyakit artisme. Silap-silap saya boleh diserang.ehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: