Catatan Perjalanan Kembara Ke Perak

team ukhwahCatatan Perjalanan Kembara Ke Perak


Pertamanya, diri ini ingin melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memudahkan perjalanan JK Kembara Ukhwah Perak, selamat pergi dan pulang. AlhamdulILLAH. Mudah-mudahan, kembara ini akan mencetus inspirasi kepada diri dan sahabat lain dalam mencari makna dan rahsia kehidupan. Meminjam kata-kata Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad. “Kehidupan ini terlalu kaya dengan rahsia”.

Kembara kami dimulakan dengan perjalanan ke Taiping. Sepanjang perjalanan, mata saya begitu sulit untuk dilelapkan, roh seakan tidak mahu keluar sementara. Mungkin kerana jasadi ini telah bertukar tempat tidur kebiasaan. Jadi rancak saya berbual dengan muslimin23 (amirul), tentang pelbagai isu. Daripada isu Melayu Islam, Mahasiswa Cinta, Politik, dan sebagainya. Adakalanya, kami diam kepenatan.hehe..Walaupun baru mengenali muslimin23, saya tidak kekok, malah rancak bercerita. Inilah indahnya ukhwah fillah..=). Tuan Pengarah Syeikh Mujahid, dan pakar fotografi u.c, Syeikh al Sirat, turut kelihatan susah untuk tidur. Melilau sahaja mereka di dalam bas, kadang-kadang berbual dengan Pak Hamid dan Pak Mi (Pemandu Bas).hehe..Kak sadiqah siap sms pesan, semua wajib naik bukit larut, no excuses dengan alas an tidak boleh tidur.hehe..insyaAllah kak, kami usaha..=)

Allah SWT Maha Perancang, Dia merancang yang terbaik untuk hambaNya. Baru beberapa minit bas berhenti di Masjid Besar Taiping, azan subuh berkumandang. Alhamdulillah, inilah kalimat yang tidak akan berhenti sehingga kiamat. Kalimat azan yang terus menerus berkumandang di seluruh dunia, tanpa henti, merupakan suatu lagi tanda kebesaranNya. Usai berhemat diri dan bersolat Subuh berjamaah, kami sempat mendengar Kuliah Tafsirul Quran. Ahhh, segarnya udara Taiping. Tempat yang paling tinggi kadar hujannya di Malaysia. Maka tidak pelik disini asyik kelihatan mendung sahaja.hehehe..Jangka hujan, tapi tidak hujan-hujan juga. Agaknya cuaca disini lebih suka berfiil mendung. Indah bumi Taiping yang menghijau. Dikelilingi pula gunung ganang yang menjadi pasak bumi. Begitu tenang jiwa tika berada di bandar warisan ini. Tak mungkin ‘moment’ sebegini dapat dinikmati di bandar metropolis Lembah Klang.

Puncak Bukit Larut menjadi sasaran kami pada pagi Sabtu. Namun, kami tidak berjaya menawan puncaknya.hehe..Memang ada yang berhajat untuk habiskan tetapi memikirkan keadaan sahabat lain, kami membatalkan hasrat tersebut. Berwakaf la kami di satu check point sambil melaksanakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). LDK berlangsung dengan berkesan sekali, Daripada perkongsian bengkel, saya dapat mengutip pelbagai ilmu daripada sahabat lain (mulya, mutiara, alauddin, TT, Owl, asward, trouver99, sirat dan mujahid).

Sirat begitu konsisten dengan slogannya setiap kali rombongan naik ke dalam bas iaitu “Cek orang sebelah!!(2x)”..hehe..satu lagi yang melucukan kami sepanjang kembara ialah slogan “Low Faat aa..”..waduh2, gelak sakan kami mendengarnya.hehe..Destinasi selepas Bukit Larut ialah Zoo Taiping. Zoo yang tertua di Malaysia ini ternyata kelihatan tua. Haiwan-haiwannya juga begitu. Saya mudah kasihan dengan haiwan-haiwan yang dikurung. Saya fikir mereka pasti bosan dan stress tinggal di kawasan bukan habibat semulajadi sambil diperhatikan selalu oleh orang. Ingin sekali saya membuka pagar semua haiwan-haiwan untuk membiarkan mereka bebas bergerak. Kecuali haiwan liar.hehe..Haiwan-haiwan ini juga berperasaan seperti kita. Alangkah baiknya, jika zoo-zoo di Malaysia, menggunapakai sistem pengurusan zoo di negara seperti Australia. Zoo disini meruapakan antara yang terbaik di dunia ini menawarkan keadaan yang cukup kondisif kepada haiwan untuk tinggal. Apapun, saya berharap agar haiwan-haiwan di sana aman-aman sahaja.

Persinggahan di rumah KP juga tidak kurang menariknya. Di sini, buat kali pertama saya menikmati mee hoon tomyam. Mula-mula nampak lauk tomyam, saya fikir makan nasi dengan tomyam.hehehe..Terima kasih Muja diatas layanan first class anda. Busy beliau melayan tetamu. Entah sempat makan ke tak tu. Sedap tomyam tu. Rasanya sedikit lain daripada tomyam di ibu kota. Ada rempah ratus rahsia agaknya.hehe..Usai makan, perjalanan di teruskan. Mata ini terlalu berat, tetapi langkah tetap berjalan. Kali ini ke Galeri Di Raja Sultan Perak, Masjid Ubudiah dan Jeti Kuala Kangsar. Padatnya lawatan kami. Namun seronok, dapat merasai, melihat dan menikmati pelbagai perkara. Badan terasa begitu melekit. Ketika ini air lebih penting daripada segala-galanya.huhu..Kami mengambil keputusan untuk bergerak terus ke homestay tanpa makan malam dahulu. Semua peserta meminta supaya ’mandi’ lebih aula ketika ini.hehe..Perjalanan terasa begitu lama untuk tiba di homestay. Di tambah dengan ketidaktahuan jalan mana yang patut diambil. KP ketika itu berusaha mendapatkan maklumat terperinci lokasi homestay. GPRS milik Sirat ternyata banyak membantu perjalanan kami..Syukran2..Alhamdulillah, tiba akhirnya kami di homestay. Kami AJK turun dahulu untuk berunding dengan pemilik homestay. Dan setelah perbincangan dibuat, AJK memutuskan muslimat di tingkat atas, muslimin kena ’terbongkang’ dibawah.hehe..Malam itu, muslimin tidur dengan lena sekali. KP tidak mahu makan kerana terlalu penat.

Pagi Ahad kami dibawa ke Padang Polo Ipoh untuk menyertai aerobik. Hehehe..Lawak2 bila mengenangkan gaya aerobik muslimin ukhwah..=P..Saya beraerobik sebelah sirat, didepan saya mutiara, asward, TT, KP, muslimin23, alauddin, dan owl. Trouver99 tak nampak masa tu, dimana ye?? Owl siap berguling-guling akibat kepenatan.hehe..Sungguh sumbang sekali gerak langkah aerobikku.hehehe..Terasa malu pun ada bila langkahnya tidak betul. Mujur la dalam himpunan ramai orang, takla perasan sangat. Hampir 30 minit beraerobik, kami beredar untuk bergambar di suatu sudut padang.

Persinggahan yang fikir paling bermakna kepada diri saya ialah melalui Gua Tempurung. Takjub dan kagum dengan kejadian ini. Bila diri berada dalam gua, terasa aman dan tenteram, hati sentiasa berbisik, akal sentiasa mentafsir, betapa mudahnya Allah menciptakan gua yang hebat ini. Gua yang hebat pada pandangan manusia ini, membuktikan bahawa Pencipta gua Maha Hebat dengan segala penciptaan. Bagaimanakah pula dengan kejadian-kejadian lain yang lebih besar? Langit, bumi, dan bintang-bintang dan sebagainya. Terlalu banyak untuk diceritakan tentang penciptaan, sehingga dakwat sebanyak tujuh lautan tidak mampu menghabiskan ilmu dan kalimah (tanda penciptaan) Allah SWT. Allahuakbar!!

Kembara seterusnya ialah agenda ziarah di rumah Kak Shida. Kami bersama-sama membaca al-Mathurat yang dipimpin oleh TT. Makanan yang dihidang oleh keluarga Kak Shida begitu mewah. Siap ada meja ditempah.huhu..Alhamdulillah..rejeki, lagipun perut masa itu sedang kelaparan. Rasa terharu pula, kami disambut begitu. Ayah Kak. Shida dalam ucapannya amat gembira dan mengalu-alukan kedatangan ukhwah.com. Beliau juga berpesan agar sentiasa duduk dalam berjemaah untuk meneruskan perjuangan Islam. Untuk pengetahuan semua, ayah Kak Shida merupakan bendahari PAS Cawangan taman tersebut (tak ingat nama taman.hehe). Takbir!!!AllahuAkbar!!

Masih belum tamat kembara ini.hehe.Kami sempat singgah di Lumut. Ini kali kedua saya singgah di Jeti Lumut. Keadaan disini berubah sedikit, banyak kedai-kedai baru dibina. D’ Mara baru dibuka. Saya, sirat, muslimin dan trouver99 bergerak berkumpulan mencari buah tangan untuk diri dan keluarga. Satu lagi group muslimin bergerak ke arah lain. Tetapi saya yakin mereka juga mencari perkara pokok yang wajib dibeli disini iaitu makanan laut, bukan KFC atau McD.ehehe..Sambil membeli, kami main tawar-menawar dengan peniaga. Sebenarnya tiada niat begitu, cuma ingin berbual mesra dengan mereka, saudara seIslam.

Perjalanan balik kami ke Kuala Lumpur melalui jalan biasa tetapi bergerak lancar. Oleh kerana tidak sempat sampai untuk menaiki pengangkutan awam, KP, dan AJK asyik berbincang untuk menyelesaikan masalah pengangkutan peserta. Saya minta maaf kerana tidak dapat meneruskan perjalanan bersama ke Kuala Lumpur. Saya turun di Sungai Buloh bersama dua orang muslimat. Setelah tiba dirumah, saya bagai tertinggal sesuatu tapi apa dan dimana ya?hehehe..puas saya mengingatinya tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba suatu panggilan masuk..La, rupanya ikan masin saya tertinggal di dalam bas. Terima kasih muslimin23 kerana tolong mengambil ikan masin tersebut. Pada masa ini, ikan masin kesayangan saya itu berada di tangan Sirat. Sirat, tolong simpankan ye. Saya ingin merasai ikan masin dari Perak.hehehe..Saya bagi keropok ikan tu, tetapi ikan masin tak boleh tau.kwang3..

Kembara ini begitu bermakna kepada diri saya dan sahabat ukhwah.com. Selepas tiba dirumah, saya menghantar pesanan mesej kepada AJK2 program, mengucapkan tahniah diatas kelancaran JKKUP. Pengalaman yang indah, pelbagai dan mengujakan. Rasanya bagai ingin selalu bersama teman-teman sekalian.hehehe..Terima kasih sahabat semua..Terima kasih alam, Terima kasih Tuhan. Semoga Engkau mengurnikan ganjaran kebaikan melalui kembara kami ini. Wahai alam, teruskan berbicara dengan caramu, agar kami dapat berfikir untuk mengingatiNya..insyaAllah..

p/s:gambar akan menyusul.hehe

4 Comments »

  1. shye said

    simpankan dalam memori sampai bila2….🙂

  2. salamun alaik..wah, siap taip esei ni. lps ni leh hantaq artikel dlm majalah.newpapers dan hantaq nukilan dalam IKIm.Fm…😉 pilihan utama.

    aik, siap sebut nama ayahanda kak..ehehe..
    taman TERUS MAju.. insyaallah maju sokmo hendaknye.
    usrati kak biasa-biasa je. macam anaknye.. as simple as simple-shida😉

    ala kullihal.. slmt berjuang..igt pesan abii.
    jgn dok kwn dgn yg lintang pukang..ehehe..
    abah bilemana berkalam, kekadang ada laa gurau senda spontannye

    syukran ila abi..ummi..
    juge pada smua team pelaksana + peserta jk kup..
    insyaalllah, jumpe di next JK.

    salam MAal HIjrah + salam Jendela 2009 !!
    barakallahu lakum =D

  3. Wani AR said

    boleh komen lagi ke? heh. rupa2nya inilah pandangan saudara sepanjang kembara ye. tahniah kerana dapat menyertai kembara kecil ini…

  4. soleha said

    wah.. hehe best baca diary orang..
    banyakkan berdiary ye.. nanti sy nak baca lagi..
    uhuk..

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: