Ekspedisi kAJIAN tUGASAN + Cari Udang Galah

Projek tugasan kami ialah membuat kajian sosio-ekonomi masyarakat setempat untuk subjek Kajian Tempatan. Dalam pening-pening mencari tempat yang sesuai (maklumlah, tak biasa di tempat orang), muncul idea untuk buat kajian di kampung tempat tinggal sahabat sekursus (coursemate) di Kampung Sinop, Bekenu. Alhamdulillah, ekspedisi kajian berjalan lancar. Menariknya, untuk sampai disini, kami perlu menaiki bot yang mengambil masa 20 minit perjalanan. Mula-mula tengok bot dan sampan, berdegup-degup juga jantungku. Apatah lagi jika tiada jaket keselamatan disediakan.maklumlah tak tahu berenang,,hehe..Di kawasan ini, bot menjadi pengangkutan utama. Perjalanan darat mengambil masa yang amat lama. Jadi, jalan sungai adalah alternatif terbaik bagi penduduk kampung. Kampung Sinop ini terletak di Pekan Bekenu, salah satu kawasan dalam Daerah Miri. Penduduk di kampung ini majoritinya beragama Islam, suku kaumnya Kedayan. Bahasanya rumit sekali difahami,hehe..Kawan saya bertutur dengan ibu bapanya dalam bahasa kedayan. Sepanjang dua hari satu malam di kampung ini, banyak kali kami menaiki bot menyusuri Sungai Sibuti untuk pergi ke beberapa tempat. Kata kawan saya, Sungai Sibuti ini memang ada bujang senang.huhuu..cuaknya bila dengar..acara paling best ialah menjala udang galah..hehe..pengalaman pertama kami menjala sendiri udang galah..bukan jenis kecik2, tp besarnya..Subhanallah,..Maha Suci Allah, yang menjadikan pelbagai makhluk, pelbagai rupa dan saiz..rezeki Allah cukup banyak..siapa kata duduk dikawasan luar bandar, terperosok di pedalaman tidak dapat menikmati makanan yang lazat-lazat? Allah SWT Maha Mengetahui..Allah SWT maha Pemurah..rejeki darinya tidak pernah putus, untuk hambaNya yang rajin berusaha. Nak tengok gambar udang galah yang besar-besar tu, tunggu…hehe..saiz gambar agak besar..agak lambat nak upload..insyaAllah..

peta ke pekan bekenu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: