Archive for Uncategorized

Orkidlah..

Bunga hati berdiri sebelah bunga orkid di MAHA 2010

bunga orkid..berwarna warni..hati2 nanti terpetik bayar mahal ooo..

Leave a Comment

Sekitar Gambar Walimah..

Ohh ya..dah lama saya ingin postingkan gambar walimah buat tatapan semua yang sahabat2 yang dikasihi. Saya kongsikan beberapa keping gambar semasa walimah saya bulan Jun lepas. Sekejap sahaja sudah 4 bulan berlalu. Doakan pernikahan kami ini agar mendapat redha dan kasih sayang daripada Allah SWT.  

Leave a Comment

Penghujung Semester

Kursus dilalui semakin menghampiri penghujung semester.  Namun masih banyak perkara yang belum diselesaikan. Ya, kerja-kerja dan tanggungjawab kita melebihi masa yang ada. Minggu ini sahaja, banyak ujian dan tugasan yang perlu dihantar. Pena-pena hijauku semakin hilang sengatnya. Mungkin diselaputi oleh karat dan dosa2 yang diringankan oleh diri ini. Ya Tuhan, betapa lemah hambaMu ini..Benarlah, dosa-dosa itu menggelapkan hati, melemahkan tubuh badan, menghilangkan semangat hidup..Buat zaujahku, semoga tabah mengharungi beban-beban kerja baru di sana. Doaku agar dirimu berjaya melalui saat-saat kesukaran berhadapan tugas dan kehidupan seorang diri tanpa diri ini disisi..Doakan saya disini agar tidak malas-malas lagi.

malas..karat dosa..

malas..karat dosa..

Leave a Comment

Jangan kejam dengan ayam..

Hmm.sebelum ini selalu aku membantu memegang kaki ayam ketika ayam disembelih. Sekarang aku perlu laksanakan sembelihan sendiri secara amali. Ini adalah satu subjek amali yang menarik untuk dipelajari oleh bakal guru di IPGM. Alhamdulillah, ramai yang berjaya menjalani amali ini. Ada yang menangis tidak mahu menyembelih ayam. Jika tidak mahu sembelih, bagaimana sih mau makannya.hehehe..Di sini, pusat sembelihan ayam yang diiktiraf halal tidak banyak. Yang paling popular di bandar Miri ini ialah Ayam Haji Mos. Beliau menguasai perniagaan ayam halal disini. Memang kaya orangnya tetapi tidak sombong. Walaupun sudah menjadi bos, beliau sendiri yang memandu lori ke sana sini, masih seperti awal pembukaan perniagaannya.  Ayam yang kami sembelih dimasak di dapur surau dan dijamu untuk seluruh penghuni asrama. Alhamdulillah.. 

Pesanan: Jangan kejam dengan ayam. jangan sampai putus kepalanya.huhu..Mujur ayam yang aku sembelih tidak putus kepala dan halal untuk dimakan.

Comments (2)

Cara Rasullullah mengelak dan menyembuhkan penyakit

CARA-cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit, seperti yang dipetik dari sebuah buku.

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).

Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf: 179).

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (Islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah Nabi SAW.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata,’ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini’

Tambahnya dengan nada tegas,’Sesungguhnya tiada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran.’

KIRIMAN ANIS KHAIRINA

mstar.com.my

Jumaat Mei 29, 2009

Leave a Comment

Adab Hari Jumaat Mengikut Sunnah

Hari Jumat adalah hari yang mulia, dan kaum muslimin di seluruh penjuru dunia memuliakannya. Keutamaan yang besar tersebut menuntut umat Islam untuk mempelajari petunjuk Rasulullah dan sahabatnya, bagaimana seharusnya menyambut hari tersebut agar amal kita tidak sia-sia dan mendapatkan pahala dari Allah ta’ala. Berikut ini beberapa adab yang harus diperhatikan bagi setiap muslim yang ingin menghidupkan syariat Nabi SAW pada hari Jumat.

1. Memperbanyak Sholawat Nabi

Rasulullah SAW bersabda yang artinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumat, maka perbanyaklah sholawat kepadaku di dalamnya, karena sholawat kalian akan ditunjukkan kepadaku, para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”* (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumat

Mandi pada hari Jumat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadits Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah bersabda yang artinya, *“Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”* (Shahih HR. Bukhori dan Muslim). Mandi Jumat ini diwajibkan bagi setiap muslim pria yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat sholat Jumat. Adapun tata cara mandi Jumat ini seperti halnya mandi janabah biasa (menyiram seluruh anggota tubuh). Rasulullah bersabda yang artinya, *”Barang siapa mandi Jumat seperti mandi janabah.”* (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Nabi SAW bersabda yang artinya, *”Barang siapa mandi pada hari Jumat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu sholat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khotbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumat ini sampai Jumat berikutnya.” * (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid

Anas bin Malik berkata, *”Kami berpagi-pagi menuju sholat Jumat dan tidur siang setelah sholat Jumat.”* (Shahih HR. Bukhari). Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, *”Makna hadits ini yaitu para sahabat memulai sholat Jumat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeda dengan kebiasaan mereka pada sholat zuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian sholat ketika matahari telah rendah panasnya.”* (Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Sholat Sunnah Ketika Menunggu Imam atau Khatib

Abu Huroiroh RA menuturkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, *”Barang siapa mandi kemudian datang untuk sholat Jumat, lalu ia sholat semampunya dan dia diam mendengarkan khotbah hingga selesai, kemudian sholat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jum’at ini sampai jum’at berikutnya ditambah tiga hari.”* (Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhotbah

“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat sholat Jumat ketika imam sedang berkhotbah.” * (Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Sholat Sunnah Setelah Sholat Jumat

Rasulullah bersabda yang artinya, *“Apabila kalian telah selesai mengerjakan sholat Jumat, maka sholatlah empat rakaat.”* Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, *“Apabila engkau tergesa-gesa karena sesuatu, maka sholatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”* (Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi

Nabi bersabda yang artinya, *”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumat.”* (HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau menshahihkannya)

Demikianlah sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad *shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika di hari Jumat. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang senantiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqomah di atas jalan-Nya.

***(Disarikan dari majalah Al Furqon edisi 8 tahun II oleh Abu Abdirrohman)

Comments (1)

Ekspedisi kAJIAN tUGASAN + Cari Udang Galah

Projek tugasan kami ialah membuat kajian sosio-ekonomi masyarakat setempat untuk subjek Kajian Tempatan. Dalam pening-pening mencari tempat yang sesuai (maklumlah, tak biasa di tempat orang), muncul idea untuk buat kajian di kampung tempat tinggal sahabat sekursus (coursemate) di Kampung Sinop, Bekenu. Alhamdulillah, ekspedisi kajian berjalan lancar. Menariknya, untuk sampai disini, kami perlu menaiki bot yang mengambil masa 20 minit perjalanan. Mula-mula tengok bot dan sampan, berdegup-degup juga jantungku. Apatah lagi jika tiada jaket keselamatan disediakan.maklumlah tak tahu berenang,,hehe..Di kawasan ini, bot menjadi pengangkutan utama. Perjalanan darat mengambil masa yang amat lama. Jadi, jalan sungai adalah alternatif terbaik bagi penduduk kampung. Kampung Sinop ini terletak di Pekan Bekenu, salah satu kawasan dalam Daerah Miri. Penduduk di kampung ini majoritinya beragama Islam, suku kaumnya Kedayan. Bahasanya rumit sekali difahami,hehe..Kawan saya bertutur dengan ibu bapanya dalam bahasa kedayan. Sepanjang dua hari satu malam di kampung ini, banyak kali kami menaiki bot menyusuri Sungai Sibuti untuk pergi ke beberapa tempat. Kata kawan saya, Sungai Sibuti ini memang ada bujang senang.huhuu..cuaknya bila dengar..acara paling best ialah menjala udang galah..hehe..pengalaman pertama kami menjala sendiri udang galah..bukan jenis kecik2, tp besarnya..Subhanallah,..Maha Suci Allah, yang menjadikan pelbagai makhluk, pelbagai rupa dan saiz..rezeki Allah cukup banyak..siapa kata duduk dikawasan luar bandar, terperosok di pedalaman tidak dapat menikmati makanan yang lazat-lazat? Allah SWT Maha Mengetahui..Allah SWT maha Pemurah..rejeki darinya tidak pernah putus, untuk hambaNya yang rajin berusaha. Nak tengok gambar udang galah yang besar-besar tu, tunggu…hehe..saiz gambar agak besar..agak lambat nak upload..insyaAllah..

peta ke pekan bekenu

Leave a Comment

Older Posts »