Doa dan harapan pernikahanku..

saya dan zaujah

 Ya Allah ya Tuhan kami, jadikan pernikahan kami pernikahan yang diredhai olehMu,

Jadikah pernikahan ini sebagai jalan untuk kami mendekatiMu, pembuka pintu rahmat bagi kami, tempat kami belajar bersyukur dan bersabar, madrasah untuk kami menuntut ilmu untuk memahami kehidupan dengan lebih bermakna. Ya Allah, ya Rahman ya Rahim..Engkau titipkanlah hati-hati kami dengan sifat rahman dan rahim, saling mempercayai, benar dan membenarkan, jadikan kami suami isteri yang saling mencintai, saling menjaga kehormatan di kala berjauhan, menghibur di kala berduka, menyempurnakan kekurangan antara satu sama lain..

Ya Allah ya Rabbul Jalil, kurniakan kami kekuatan dalam menghadapi ujian-ujian hidup di dunia yang fana ini. Kau bulatkan hati kami Ya Allah, untuk berdiri di atas jalanMu yang lurus ini, janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah kami mengenal jalanMu yang lurus ini. Ya Allah, yang Maha Pengampun. Ampunilah dosa kami, sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengampun dosa-dosa besar.

p/s: Jutaan terima kasi, jzkkk kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan kami yang telah bersama menjayakan dan memeriahkan majlis walimah kami. Alhamdulillah..kami mendoakan kalian sentiasa beroleh rahmat dan barokah daripada Allah SWT.

Comments (2)

Kebahagiaan Itu Mudah Di Raih

Oleh Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Di antara nikmat terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan hati. Ini adalah kerana, di dalam kegembiraan hati itu terdapat keteguhan fikir, produktiviti yang bagus, dan keriangan jiwa. Ramai orang mengatakan: “Kegembiraan merupakan seni yang dapat dipelajari.” Barangsiapa yang mengetahui cara menghasilkannya, tentu akan merasa mudah meraihnya dan dapat memanfaatkan pelbagai kenikmatan dan kemudahan hidup, serta mampu menjadikan apa yang berada disekitarnya sebagai sarana dalam mencapai kebahagiaan hidup. Adapun perkara utama untuk meraih kebahagiaan adalah dengan meningkatkan daya ketahanan jiwa raga, tidak mudah goyah oleh goncangan-goncangan, tidak gentar dengan berbagai peristiwa yang menerpa, dan tidak sibuk memikirkan perkara-perkara yang kecil dan remeh. Begitulah, semakin kuat dan jernih hati seseorang, maka akan semakin bersinar pula jiwanya.

Hati yang sentiasa diliputi kekhuatiran; lemah tekadnya, rendah semangat, dan sering berada di dalam kegelisahan, akan selalu diliputi dengan kecemasan kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa membiasakan jiwanya bersikap dengan kesabaran dan tahan terhadap segala perkara yang mencemaskan, nescaya setiap goncangan dan tekanan akan terasa ringan.

Jika seorang pemuda meningkatkan ketahanan diri
Maka segala sesuatu akan berlalu
Dan yang tersisa hanya kebahagiaan…

Di antara musuh utama kegembiraan adalah wawasan yang sempit, pandangan yang cetek, dan egoisme dan sikap melupakan keadaan alam seisinya tanpa mengambil pelajaran daripadanya. Dan Allah menyifatkan musuh-musuhNya sepertimana berikut:

“… mereka dicemaskan oleh diri mereka sendiri…” (Ali-Imran: 154)

Orang-orang yang berfikiran sempit, sentiasa melihat dunia ini menurut perspektif mereka sendiri. Mereka tidak pernah memikirkan pandangan orang lain, mereka merasai hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri, dan sama sekali tidak memperhatikan kepentingan orang lain. Sesungguhnya di antara saya dan anda terkadang harus memperhatikan, tetapi suatu saat kita perlu menyisihkan waktu untuk menyibukkan diri dengan sesuatu kepentingan yang harus kita lakukan secara peribadi dan menjauhkan diri dari orang lain untuk menyembuhkan luka, dukacita, dan kesedihan kita. Maka dengan demikian, kita akan memperolehi dua perkara sekaligus iaitu kebahagiaan diri dan kebahagiaan orang lain.

Suatu perkara utama yang perlu anda lakukan dalam meraih seni kebahagiaan ialah bagaimana mengendalikan diri dan menjaga fikiran anda. Sekiranya fikiran anda tidak dikendalikan, tentu fikiran anda akan terbawa ke mana-mana, begitu juga fail kesedihan yang tersimpan di dalam fikiran anda terbuka kembali dan buku kesedihan yang telah tertulis sejak anda dilahirkan dari perut ibu akan terbaca kembali. Sesungguhnya fikiran liar yang tidak terkendali itu hanya akan menghidupkan kembali luka lama, bahkan juga mencemaskan masa hadapan. Ia juga dapat membuatkan tubuh gementar, melenyapkan jati diri, dan perasaan terbakar. Oleh kerana itu, kendalikan fikiran anda  ke arah yang baik dan mengarah pada perbuatan bermanfaat.

“Dan, bertawakkallah kepada Dzat Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati…” (Al-Furqan: 58)

Perkara utama yang juga penting dalam mempelajari seni kegembiraan adalah bahawa anda harus menempatkan kehidupan ini sesuai dengan keadaannya yang sebenar. Bagaimanapun, kehidupan ini laksana permainan yang harus diwaspadai kerana dunia ini adalah pusat terjadinya segala kekejian, kepedihan dan bencana. Jika demikianlah sifat-sifat dunia, maka mengapa ia harus diberikan perhatian dan bersedih di atas kehilangannya? Keindahan hidup di dunia ini seringkali palsu, janji-janjinya hanya fatamorgana belaka, apa yang terlahir pasti akan lenyap, orang yang menjadi tuan di dunia akan didengki, dan orang yang mendapat nikmat akan dibenci, dan kekasih tercinta suatu ketika akan membunuh dengan kepergiannya.

Bapa kami membangun ummah
sedang kami adalah penghuninya
Setiap saat terdengar burung gagak.
Kami menangis di dunia ini
dan tidak terikat dengannya
sedangkan bagi mereka
dunia telah mengumpulkan mereka
dan tidak terpisahkan.
Lantas di manakah
para penguasa yang sombong itu.
Mereka mengumpulkan harta
seolah akan dibawa mati.
Mereka tidak menyisakan buat orang lain
yang hidup dalam kesempitan.
Begitu terus sehingga tubuh dihimpit tanah
dalam liang lahad.
Mereka membisu dalam kesombongan
seolah tidak tahu sama sekali.
Sesungguhnya setiap kalimah mereka
adalah kemutlakan yang harus dituruti.

Dalam sebuah hadith disebutkan:

“Sesungguhnya ilmu itu didapati hanya dengan cara mempelajari; dan keramahan itu diperolehi dengan cara membiasakan bersikap sopan.”

Dalam ilmu peradaban disebutkan bahawa kegembiraan itu tidak datang begitu sahaja; harus diusahakan dan dipenuhi segala sesuatu yang menjadi prasyaratnya. Lebih dari itu, untuk mencapai kebahagiaan anda harus menahan diri dari sesuatu yang tidak bermanfaat. Begitulah cara membina jiwa agar sentiasa bersedia di ajak mencari kebahagiaan.

Kehidupan dunia ini sebenarnya tidak berhak membuat kita bermuram durja, mengeluh dan lemah semangat. Sebuah syair mengatakan:

Hukum kematian telah berlangsung di muka bumi
Apalah dunia ini dibanding dengan rumah nanti
Saat kau melihat manusia di dalamnya bercerita
Kau kumpulkan cerita dari berbagai sumber cerita
Cerita itu kau cetak di atas kotoran
Sedang kau menginginkannya suci dari segala debu dan kotoran
Mengumpulkan hari-hari
adalah berlawanan dengan sifat alaminya
sama dengan meminta bara api di genangan air
Bila kau mengharapkan kemustahilan
kau telah membangunkan harapan
di tepi jurang yang runtuh
Usirlah keraguan yang ada di dirimu secepatnya
Kehidupan yang kau miliki
adalah selembut dari berberapa lembaran
Mereka berpacu mengejar kuda perkasa
bergegas agar dapat kembali
sampai mereka cacat
Tidak mungkin kau meraih kejayaan
dalam suatu zaman
jika kau menyerah
sebab watak zaman adalah melawan kebebasan

Dan pada hakikatnya, anda tidak mampu melepaskan diri dari pengaruh kesedihan, kerana kehidupan dunia ini memang diciptakan penuh dengan kesedihan.

“Kami telah menciptakan manusia dalam susah payah.” (Al-Balad: 4)

“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya…” (Al-Insaan: 2)

“…supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang paling baik amalnya…” (Al-Mulk: 2)

Namun demikian, hal ini tidaklah beerti anda harus tenggelam dalam kesedihan. Usahakanlah agar kesedihan, kecemasan dan kedukaan anda itu dapat dikurangkan dan lebih ringan dirasakan. Adapun tempat yang tiada kesedihan sama sekali hanyalah disyurga yang penuh dengan kenikmatan. Oleh kerana itu, orang-orang yang memperolehi nikmat di dalam syurga berkata:

“…segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami…” (Fathir: 34)

Ini merupakan dalil bahawa kesedihan tidak akan lenyap dari seseorang kecuali apabila kita sudah berada disyurga kelak (Amin). Demikian juga kebencian tidak akan lenyap kecuali setelah manusia masuk syurga.

“Dan, Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada di dalam hati mereka…” (Al-Hijr: 47)

Maka barangsiapa mengetahui keadaan kehidupan dunia dan sifatnya, nescaya ia akan dapat menghadapi setiap rintangan dan menyikapi tabiatnya yang kasar dan pengecut itu. Dan kemudian, ia akan menyedari bahawa memang demikianlah sifat dan tabiat dunia itu.

Kenikmatan dunia seperti bersumpah
bahawa dia tidak akan berkhianat
Seolah-olah dunia mengatakan
bahawa dia tidak mungkin akan binasa.

Jika benar dunia seperti yang kita gambarkan di atas, segala urusan seperti yang telah kami sebutkan, sebaiknya kita menyaring segala sesuatu yang ada di dunia ini agar kita tidak terpengaruh olehnya. Dengan demikian, kita tidak menyerah terhadap dunia yang penuh dengan kekotoran, kecemasan, kedukaan dan kesedihan. Bahkan sebaliknya, mereka harus melawan semuanya itu dengan seluruh kekuatan yang telah Allah kurniakan kepadanya.

“Dan, siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu…” (Al-Anfal: 60)

“…mereka tidak  menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh).” (Ali-Imran: 146)

RENUNGAN

Jangan bersedih, sekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang! Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung. Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil. Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan bersedih, kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha’ serta qadar yang baik dan yang buruk! Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha’ dan qadar.

Jangan bersedih! Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih, kerana (dengan izin Allah) anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda (qiyamullail).

Seoang penyair berkata:

Terkadang bencana
membuat sesak dada seorang pemuda
sedang hanya Allah yang Memiliki jalan keluar
Setiap peristiwa terasa berperanan
dalam menyesakkan dadanya
Sehingga ia mengira tidak ada jalan keluar dari bencana itu…

Comments (1)

Cara Rasullullah mengelak dan menyembuhkan penyakit

CARA-cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit, seperti yang dipetik dari sebuah buku.

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).

Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf: 179).

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (Islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah Nabi SAW.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata,’ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini’

Tambahnya dengan nada tegas,’Sesungguhnya tiada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran.’

KIRIMAN ANIS KHAIRINA

mstar.com.my

Jumaat Mei 29, 2009

Leave a Comment

Jemputan Walimatul Urus, 7 Jun 2009

jemputan ila-azemi2jemputan ila-azemi1

Sukacitanya saya menjemput sahabat-sahabat yang mengenali diri dan bakal zaujah untuk meraikan majlis walimah kami pada 7 Jun 2009 akan datang. Kami mengharapkan doa dr sahabat2 agar perkongsian hidup kami mendapat barokah daripada Allah SWT. Mudah2han ikatkan suci ini akan mendekatkan diri kami kepadaNya..

“Ya Allah…anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikan kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa…Amiiin.”

http://www.ila-azemi.weddingannouncer.com

Comments (1)

Bedah Buku: Petunjuk Sepanjang Zaman

Pada mulanya saya fikir sukar menemui karya-karya tokoh gerakan Islam di Pusat Sumber IPGM Kampus Sarawak Miri ini. Alhamdulillah, saya temui salah satu buku yang menarik sebagai bahan tugasan. Inilah karya Assyahid Syeq Qutb, bertajuk ‘Petunjuk Sepanjang Jalan’. Syed Qutb merupakan seorang figur gerakan Islam yang dikagumi oleh kawan dan lawan. Beliau merupakan anak murid kepadAs-Syahid Hassan al-Banna, tokoh gerakan Ikhwaanul Muslimin di Mesir. Buku ini adalah khazanah yang sangat berharga untuk tatapan muslim, khususnya pemuda pemudi yang mendukung gerakan Islam kerana ia membangkit semangat jihad menegakkan kebenaran dan mepetunjuk sepanjang jalannentang kemungkaran. Dalam konteks Malaysia, bukanlah bermaksud berjihad dengan mengangkat senjata, tetapi lebih kepada memahami semangat jihad melalui syahadah yang diucapkan. Antara tulisan Syed Qutb dalam buku ini ialah:

  1. “Sistem Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w wajib dilaksanakan oleh penganut agama Islam, sebagai membuktikan syahadah yang diucapkan. Selain tuntutan ibadat, perlaksanaan aspek lain untuk menegakkan syahadah sangat banyak. Di antaranya dengan menjadikan sistem dan peraturan Allah sebagai panduan hidup manusia. Kerana yang demikianlah erti yang paling dekat dari persaksian (syahadah): Laa ilaaha illallah (Syed Qutb,1988).
  2. Agama yang secara berterusan meng-Esakan Allah SWT dalam segi ibadah, hanyalah Islam. Demikian pula dalam berakidah tentang Allah sebagai Rabb (Penguasa) dan sebagai pembuat sistem serta peraturan hidup. Maka hanya Islamlah satu-satunya agama yang dapat membebaskan manusia dari penghambaan kepada selain Allah (Syed Qutb,1988)

Buah fikiran beliau sangat mantap dan sememangnya perlu menjadi bahan yang wajib untuk diteliti oleh setiap yang bergelar muslim khususnya para pejuang di jalan Allah SWT.

Comments (1)

Adab Hari Jumaat Mengikut Sunnah

Hari Jumat adalah hari yang mulia, dan kaum muslimin di seluruh penjuru dunia memuliakannya. Keutamaan yang besar tersebut menuntut umat Islam untuk mempelajari petunjuk Rasulullah dan sahabatnya, bagaimana seharusnya menyambut hari tersebut agar amal kita tidak sia-sia dan mendapatkan pahala dari Allah ta’ala. Berikut ini beberapa adab yang harus diperhatikan bagi setiap muslim yang ingin menghidupkan syariat Nabi SAW pada hari Jumat.

1. Memperbanyak Sholawat Nabi

Rasulullah SAW bersabda yang artinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumat, maka perbanyaklah sholawat kepadaku di dalamnya, karena sholawat kalian akan ditunjukkan kepadaku, para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”* (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumat

Mandi pada hari Jumat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadits Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah bersabda yang artinya, *“Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”* (Shahih HR. Bukhori dan Muslim). Mandi Jumat ini diwajibkan bagi setiap muslim pria yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat sholat Jumat. Adapun tata cara mandi Jumat ini seperti halnya mandi janabah biasa (menyiram seluruh anggota tubuh). Rasulullah bersabda yang artinya, *”Barang siapa mandi Jumat seperti mandi janabah.”* (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Nabi SAW bersabda yang artinya, *”Barang siapa mandi pada hari Jumat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu sholat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khotbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumat ini sampai Jumat berikutnya.” * (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid

Anas bin Malik berkata, *”Kami berpagi-pagi menuju sholat Jumat dan tidur siang setelah sholat Jumat.”* (Shahih HR. Bukhari). Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, *”Makna hadits ini yaitu para sahabat memulai sholat Jumat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeda dengan kebiasaan mereka pada sholat zuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian sholat ketika matahari telah rendah panasnya.”* (Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Sholat Sunnah Ketika Menunggu Imam atau Khatib

Abu Huroiroh RA menuturkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, *”Barang siapa mandi kemudian datang untuk sholat Jumat, lalu ia sholat semampunya dan dia diam mendengarkan khotbah hingga selesai, kemudian sholat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jum’at ini sampai jum’at berikutnya ditambah tiga hari.”* (Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhotbah

“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat sholat Jumat ketika imam sedang berkhotbah.” * (Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Sholat Sunnah Setelah Sholat Jumat

Rasulullah bersabda yang artinya, *“Apabila kalian telah selesai mengerjakan sholat Jumat, maka sholatlah empat rakaat.”* Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, *“Apabila engkau tergesa-gesa karena sesuatu, maka sholatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”* (Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi

Nabi bersabda yang artinya, *”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumat.”* (HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau menshahihkannya)

Demikianlah sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad *shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika di hari Jumat. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang senantiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqomah di atas jalan-Nya.

***(Disarikan dari majalah Al Furqon edisi 8 tahun II oleh Abu Abdirrohman)

Comments (1)

Mutiara Kata: Mujahadah..

Wahai saudaraku, bermujahadahlah kamu,,hanya itu jalan menuju mardhotillah,,jalan menuju surga Allah..Alangkah indahnya bait-bait al-Quran dan hadis. Hanya ini penawar kegelisahan. Dikala diri terhimpit dengan pelbagai dugaan, cabaran dan ujian, terubat juga jiwa ini apabila merenung mutiara2 hikmah al-Quran dan hadis.

“Neraka tertutup dengan berbagai syahwat hawa nafsu sedangkan syurga tertutup dengan kesukaran keberatan.” (Bukhari, Muslim)

“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedang ia seorang mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” (Al Israa’ : 19)

“Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankabuut : 69)

Semoga Allah membuka jalan mujahadah untuk kita semua..selamat bermujahadah..

Leave a Comment

« Newer Posts · Older Posts »